Tentang e-Sekolah
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
Bahagian Pendidikan Islam merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus pendidikan Islam di negeri Selangor seperti yang diperuntukkan kuasa oleh pihak Berkuasa Negeri dan Bahagian 10 Seksyen 120 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 serta Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam 1988 (Enakmen No. 2/1988). Bahagian ini dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Ugama Islam yang diketuai oleh Setiausaha Pelajaran pada awal kewujudan Jabatan Hal Elwal Islam Selangor (1945-1970), kemudian dinamakan Unit Pelajaran diketuai Penolong Pengarah (1970-1990) dan dijenamakan semula pada tahun 1990 dengan nama Bahagian Pendidikan dan Pelajaran diketuai oleh Timbalan Pengarah sehingga tahun 2001. Pada tahun 2001 bahagian ini dinamakan dengan nama Bahagian Pendidikan Islam dan selaras dengan penstrukturan JAIS, bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dari tahun 2007 hingga kini. Selepas merdeka , bahagian ini telah diketuai oleh enam orang ketua iaitu;
- 1945 – YM Tengku Ibrahim Shah Al Haj
- 1970 – Dato’ Haji Mahmad Mahtar bin Haji Mahmad Salleh
- 1985 – Haji Paidi bin Keromo
- 1990 – Dato’ Haji Mohd Adenan bin Isman
- 2002 – Haji Sholehuddin bin Kayat
- 2005 – Haji Sianid bin Mokim
- 2006 – Haji Mohamad Amir bin Haji Danuri
Garis Panduan/Manual Pengguna
Setiap ibu bapa atau pelajar digalakkan untuk membaca/menyemak garis panduan/manual pengguna permohonan terlebih dahulu